Keluaran dan sambutan Rise:_Ini_Kalilah

Tayangan

Rise: Ini Kalilah ditayangkan pada 13 September 2018, iaitu tiga hari sebelum sambutan ulang tahun ke-55 penubuhan Malaysia.[10] Filem ini telah ditayangkan di Netflix pada 26 Februari 2019.[11]

Ulasan kritis

Rise: Ini Kalilah rata-ratanya menerima ulasan negatif dari pengkritik filem. Sheryl Paul dari portal hiburan DailySeni.com mengulas bahawa filem ini bukanlah filem yang akan diingati sebaik sahaja penonton keluar dari panggung.[12] Bissme S. dari The Sun Daily, mengulas watak-watak dalam Rise "terlalu cetek dan tidak dikembangkan dengan betul, menyebabkan penonton berasa tidak ada hubungan emosi dengan mana-mana daripada mereka."[13] Shazryn Mohd Faizal dari mStar menganggap filem ini sebagai "...lebih layak sebagai telefilem berbanding sebagai sebuah filem cereka."[14] Dashran Yohan dari portal perfileman Moviedash.com bersependapat bahawa filem ini tidak layak digelar sebagai sebuah filem.[15] The Sun Daily menganggap filem ini gagal diceritakan dengan baik.[16] Aidil Rusli dari The Malay Mail memberi pilihan untuk tajuk filem ini dinamakan semula sebagai "Lain Kalilah" atau "Cuba Lagi Lain Kali".[17] Hans Hanis dari portal perfileman Kakisinema.com memilih untuk menamakan filem ini sebagai "Boleh Cuba Lain Kalilah!".[18] Afiqah Syamim dari portal kehidupan Wanista.com menganggap filem ini sebagai kurang menyengat dan tidak logik dalam konteks Malaysia sebenar.[19]

Mumtaj Begum dari Star2 pula berpendapat bahawa "Rise: Ini Kalilah adalah filem berkualiti yang mendokumentasikan peristiwa bersejarah."[20]Justin Lee dari portal kehidupan VulcanPost.com memberi filem ini rating tujuh per sepuluh.[21] Annie May dari portal kehidupan Hype.my mengangggap filem ini sebagai "...filem yang wajar untuk disaksikan."[22] Majalah Remaja memuji gaya arahan dan lakonan pelakon dalam filem ini.[23]

Rujukan

WikiPedia: Rise:_Ini_Kalilah http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-ris... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rise-ini-... http://www.dailyseni.com/v4/rise-ini-kalilah-revie... http://www.imdb.com/title/tt9866736/ http://www.riseinikalilah.com/ http://ohhangat.com.my/article/C1808031254414990/f... http://www.utusan.com.my/hiburan/selepas-dua-mingg... http://www.thesundaily.my/news/2018/09/14/movie-re... https://www.kakisinema.com/2018/10/13/rise-ini-kal... https://www.malaymail.com/s/1672761/munafik-2-one-...